NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - ii
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Pertanian Pintar sesi 1 - ii. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Cikgu MAHIR telah memberi penerangan mengenai asas-asas pertanian pintar. Selain itu, guru MAHIR memberi penerangan mengenai jenis-jenis pertanian. Seterusnya, guru MAHIR memberi pengenalan mengenai hydrophonic. Akhirnya, guru MAHIR memberi penerangan mengenai fertigasi iaitu cara pemilihan tempat untuk menanam pokok, jenis pokok yang sesuai ditanam, bahan yang diperlukan untuk tanaman fertigasi
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran pertanian bagi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: